Pages

Carian

RENCANA

Keajaiban Angka Dalam Al-Qur’an

Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.
Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :
    Solat – 5 kali
    Dunia             - 115 Kali       : Akhirat – 115 Kali
    Malaikat – 88 Kali                : Syaitan – 88 kali
    Hidup – 145 Kali                  : Mati – 145 Kali
    Faedah – 50 Kali                 : Kerugian – 50 Kali
    Ummah – 50 Kali                 : Penyampai – 50 Kali
    Bala/Musibah – 75 Kali      : Bersyukur – 75 Kali         : 
    Bersedekah – 73 Kali        : Berpuashati – 73 Kali
    Orang Sesat – 17 Kali        : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
    Muslimin – 41 Kali              : Jihad – 41 Kali
    Emas – 8 Kali                       : Kemurahan Hidup – 8 Kali
    Keajaiban – 60 Kali                        : Fitnah – 60 Kali
    Zakat – 32 Kali                     : Berkat – 32 Kali
    Minda – 49 Kali                    : Nur – 49 kali
    Lidah – 25 Kali                    : Sumpah – 25 Kali
    Nafsu – 8 Kali                      : Ketakutan – 8 Kali
    Kesusahan – 114 Kali       : Kesabaran – 114 Kali
    Muhammad –  4 kali           : Syariat – 4 Kali
    Lelaki – 24 Kali                    : Perempuan – 24 Kali
    Bulan – 12 Kali                    : Hari – 365 Kali
    Lautan – 32 Kali                  : Daratan – 13 Kali
    Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali  : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali
    Bercakap di khalayak – 18 Kali   : Berdakwah – 18 Kali

    LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45
Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus
Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus
JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %

Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.








================================================================




 GERHANA BULAN

Terdapat 3 jenis gerhana bulan iaitu:
          1.    Gerhana bulan penuh
          2.    Gerhana bulan separa
          3.    Gerhana bulan penumbara
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada pada sesatah dengan dengan garisan bulan dan matahari ketika berlakunya fasa purnama.
Pada masa ini cahaya matahari yang selalunya sampai sepenuhnya ke bulan terhalang oleh bumi.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila keseluruhan bulatan bulan memasuki kawasan bayangan umbra bumi. Pada masa ini, kita dapat lihat bayang bumi pada bulan berkenaan.

Sebagai contoh, gerhana bulan dapat berlaku pada 11 Disember 2011 yang lalu kira-kira jam 8.48 malam.


Catatan:  12 Disember 2011




===============================================





KIBLAT
Arah kiblat harus diketahui dan di beri perhatian oleh masyarakat Islam yang mana menghadap kiblat merupakan salah satu perintah Allah s.w.t. kepada umat-Nya.
Arah kiblat ialah arah yang dihadap umat Islam iaitu Kaabah ketika melakukan ibadah solat dan perkara-perkara yang disunatkan menghadap ke arah kiblat.
Arah kiblat yang ditafsirkan oleh ahli falak adalah arah ke Kaabah yang terdekat di bumi. Sesuai dengan fiman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram... ”          (Surah Al-Baqarah:149).
Ada 4 hukum yang berkaitan dengan menghadap kiblat:
1.    WAJIB – bagi menunaikan ibadah solat.
2.    SUNAT – meletakkan kedudukan jenazah, sujud syukur, membaca Al-Quran,              berdoa, berzikir dan tidur mengiring.
3.    HARAM – menghadap kiblat ketika membuang air kecil atau besar.
4.    MAKRUH – membelakangkan kiblat dalam sebarang perbuatan seperti                    membuang air besar atau kecil dalam keadaan tandas berdinding, tidur menelentang dengan kaki selunjur ke arah kiblat.                                                                                                                                                                                                                                     
Ulama sepedapat bahawa menghadap arah kiblat merupakan salah satu syarat sah solat . Bagi Mazhab Syafie, terdapat 3 kaedah berhubung syarat sah menghadap kiblat iaitu:
      1.    Kaedah kiblat Yakin - keadaan di mana orang yang berada di dalam Masjidil Haram, wajib menghadapnya  dengan yakin (melihat) atau menyentuhnya (orang yang cacat penglihatan) atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan.
      2.    Kaedah kiblat Zonni – untuk yang berada jauh dari Masjidil Haram hendaklah menghadap ke arah masjid secara ‘Zonni’ melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Makkah.
      3.    Kaedah kiblat Ijtihad – untuk seseorang yang berada di luar Makkah (seperti Malaysia) hendaklah menghadap ke arah Tanah Suci dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau Kaabah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a.: “Di antara timur dan barat terletaknya kiblat.” (Riwayat at-Tarmizi dan Ibu Majah)
Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat samaada secara moden atau tradisional.
Bagi umat Islam di Malaysia, ada cara tradisional yang boleh dipraktikkan di tempat masing-masing seperti di rumah, pejabat dan tanah perkuburan Islam dengan hanya berpandukan matahari.
Kaedah ini dinamakan Istiwa’ Utama Matahari di Kaabah atau Istiwa’ adzam iaitu matahari akan berada di titik zenith ketika Istiwa’. Apabila berlakunya Istiwa’ Utama Matahari, banyak objek tegak di tempat lain akan menunjukkan ke arah Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di tempat lain di muka bumi ini.
Sebagai contoh, peristiwa ini pernah berlaku pada tahun ini iaitu pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang yang lalu (seluruh Malaysia) apabila nilai sudut Istiwa’ matahari bersamaan dengan nilai latitud Makkah tempat letaknya Kaabah.      



Catatan:  12 Disember 2011


==================================================




                                                                 IQRA' 
 








No comments:

Post a Comment